Isnin, 27 Disember 2010

Geramnyer


Geram, dalam kata lain fed up. Mengandungi unsur-unsur seperi marah, kecewa, sedih. Ini pandanan aku. Bila aku geram, aku akan rasa semua tu. Darah aku muda, darah remaja. Hidup baru je 19 tahun. Garam kat laut tu pun aku belum habis makan. Keadaan seperti ini membuatkan aku terfikir untuk membuat perkara yang aku tahu ianya salah sama sekali.

Emosi seorang remaja amat mudah terpengaruh dengan persaan semata-mata. Terutama jika melibatkan perasaan. Aku tak mudah terasa jika sahabat perempuanku bercakap kasar denganku. Cakaplah apa yang dia mahu..aku sengal? aku gila? aku terencat? Aku tak kisah sebab aku tahu ianya hanya gurauan. Tapi jika ia diluahkan oleh orang yang aku sayang (keluarga atau lelaki) aku akan terasa. Jika mereka berkata begitu, aku rasa itu bukan satu gurauan. Dan ia sama sekali membuatkan aku berasa marah, kecewa dan sedih. Akhirnya aku mengasingkan diri.

Aku pendiam, bukan bermakna aku tak ambil peduli hal orang disekeliling aku. Aku berdiam bukan bermakna aku tak mahu bersosial. Aku mendiamkan diri, bukan bermakna aku bermasalah. Tapi kerana, ini adalah aku. Manusia berbeza.

Kembali kepada tajuk asal. Aku pernah rasa terlalu geram. Bagi menghilangkan perasaan tu, aku buat perkara yang teruk. Tiada siapa tahu. Biarlah hanya aku dan Allah S.W.T sahaja yang tahu. Kepada siapa nak diceritakan? Keluarga? Tak perlu kerana ianya tak penting. Sahabat? Mereka pun punya masalah sendiri. Allah? Aku tahu jawapan bagi masalah aku ni. Cuma aku saja yang tak mahu menerimanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan